Saya yakin pada DIA.
Saya yakin dengan janji NYA. DIA kata~perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitu lah sebaliknya.
Jadi, saya sedang berusaha untuk jadi yang baik! Malah saya cukup tamak, saya tamak mahu solehah dalam diri.
Hari ini, terdetik untuk berbicara soal ini. Lantaran hati ini sedikit sensitif dan terusik. Seorang teman yang diharapkan memahami rupanya nilaian saya di matanya begitu rendah sekali.
Seharian bermuram durja, kerana saya tetap manusia biasa. Mengadu pada DIA yang diri ini pasrah. Telah saya serahkan segala-galanya pada NYA. Hidup, mati, jiwa dan raga semuanya untuk DIA. Andai dunia yang dikejar, bukan di sini lah saya pada hari ini. Berkali diri ini memohon pada NYA agar langkah kaki ini terus terpasak kukuh di jalan ini.
Justeru, nilaian manusia tidak ada apa, kerana yang penting adalah nilaian DIA.
Untuk teman~
Ku mohon kau mengerti
Andai bukan jodoh ku di dunia, ku yakin sudah ada yang menanti ku di syurga sana~
Andai ada jodoh ku di sini,
aku yakin, bila tiba saat yang tepat, dan bertemu dengan pemuda yang tepat, segala-galanya akan dimudahkan NYA.
Aku mahu dirimu tahu- tiada istilah 'tidak laku' dalam kamus hidup ku!
Kerana aku cukup yakin dengan DIA~

No comments:
Post a Comment